Bukti Saintifik Minyak Kelapa Dara (VCO) Bermanfaat Untuk Seisi Keluarga
Sejak tahun 1900-an, penyelidikan saintifik mengenai minyak kelapa dara semakin berkembang, dan kajian mendalam dilakukan untuk mengkaji manfaat kesihatan yang dikaitkan dengannya. Kesedaran terhadap manfaat minyak kelapa dara sudah mula menjadi buah mulut mereka yang pernah mengamalkannya. Minyak kelapa dara sering dikaitkan dengan ibu mengandung.
Tetapi, jika dilihat dengan lebih dalam lagi, VCO mempunyai 1001 manfaat untuk kegunaan seisi keluarga. Dari yang kecil hinggalah tua, boleh mengamalkannya untuk memelihara kesihatan. Jom kita lihat kandungan minyak kelapa dara dari segi saintifik untuk kegunaan seisi keluarga.




Asid Lemak Rantai Sederhana (ALRS)
Minyak Kelapa Dara kaya dengan Asid Lemak Rantai Sederhana (ALRS). Di dalam badan manusia, ALRS dicerna dan dihadam dengan lebih cepat berbanding Asid Lemak Rantai Panjang (ALRP), memberikan beberapa manfaat kesihatan yang unik.
MEMBAIKI SISTEM PENGHADAMAN DAN MELEGAKAN SEMBELIT
Kegunaan bagi Individu dengan Masalah Penghadaman: ALRS boleh menjadi pilihan yang baik bagi individu yang menghadapi masalah pencernaan. Salah satu sifat ALRS yang istimewa adalah ianya bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal serta Anti-Viral. Ini bermakna ALRS akan membantu untuk melawan kuman serta virus di dalam badan. Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman seperti gastrik, gerd malah sembelit lazimnya disebabkan jangkitan kuman di dalam usus manusia.ALRS di dalam Minyak Kelapa Dara ini akan membantu membunuh serta mencegah dan secara tidak langsung akan membaiki sistem penghadaman manusia
SUMBER TENAGA SEMULA JADI & SELAMAT
100% Real. Berbeza dengan Gula dan Karbohidrat seperti Nasi putih, Minyak Kelapa Dara yang tinggi kandungan (ALRS) akan diproses kepada Tenaga dengan sangat pantas. Anda akan mendapati badan anda berfungsi dengan lebih baik, kehadiran tenaga Ajaib yang dating entah dari mana akan membuatkan anda melakukan kerja seharian dengan lebih baik. Ini amat membantu khususnya untuk mereka yang bekerja di shif malam untuk menghindarkan dari rasa mengantuk
MELEGAKAN SAKIT SENDI & MEMBAIKI TULANG
Kandungan ALRS di dalam Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengukuhkan struktur tulang serta mencegah osteoprorosis. Asid lemak rantai sederhana yang terdapat dalam minyak kelapa dara telah diketahui memiliki sifat antimikrobial. Ini bermakna, minyak kelapa dara dapat membantu melawan bakteria, virus, dan kulat yang berpotensi merosakkan tulang dan mengurangkan risiko infeksi tulang
MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN BUAH PINGGANG
Minyak Kelapa Dara dapat membantu menambah baik fungsi Buah Pinggang yang merosot disebabkan oleh masalah DIabetis. ALRS yang diproses di hati tanpa melibatkan gula akan membantu mengurangkan beban buah pinggang. Mengamalkan Minyak Kelapa Dara secara berterusan dapat membantu mencegah penyakit buah pinggang serta hempedu. Malah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara dapat membantu pesakit batu karang dalam menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang
MENGAWAL BERAT BADAN
Nak kurus? Jadikan pengambilan minyak kelapa dara sebagai amalan setiap kali sebelum makan. ia membantu anda merasakan lebih kenyang. ALRS di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan pembakaran Kalori di dalam badan.Kajian mendapati pengambilan 15g-30g dapat meningkatkan pembakaran kalori sehingga 5% berbanding asid lemak yang lain. lebih menariknya adalah ALRS di dalam Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak lebihan. Setiap Asid Lemak dari Minyak Kelapa Dara yang diambil akan terus ditukarkan kepada tenaga tanpa disimpan menjadi lemak berlebihan yang menjadi punca utama Obesiti
High Density Lipoprotein (HDL)
HDL adalah satu nutrisi yang sangat-sangat dicari-cari Pakar Perubatan Dunia. Ianya juga dikenali sebagai Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah
MENGURANGKAN RESIKO PENYAKIT JANTUNG, STROK SERTA DARAH TINGGI
HDL sangat penting bagi tubuh kerana peranannya yang membantu membersihkan saluran darah daripada kolesterol yang melekat pada dinding salur darah. Dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara, kita dapat memastikan saluran darah kita sentiasa bersih daripada kolesterol jahat yang dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi
MENCEGAH KERADANGAN
HDL mempunyai memiliki sifat anti inflamasi yang membantu melawan proses peradangan dalam tubuh. Ini penting untuk mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan peradangan paru-paru kronik
Kaya dengan Sifat Anti-oksida
Anti-Oksida adalah Nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan Radikal Bebas. Radikal Bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser
MENGHILANGKAN PARUT DI BADAN
Minyak kelapa dara adalah pelembap semulajadi yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan membantu dalam proses penyembuhan kulit. Kulit yang lembap cenderung memudahkan proses penyembuhan parut. Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara sangat penting dalam melawan Radikal Bebas yang merosakkan kulit. Sebagai ejen Anti-Oksida yang aktif, ianya akan membantu pembinaan Sel Kulit yang baru dan seterusnya akan menggantikan sel kulit yang rosak (Parut)
MELINDUNGI SEL-SEL INDIVIDU DARIPADA ROSAK
Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan melindungi sel-sel, antioksidan membantu memelihara fungsi sel yang normal dan mencegah penuaan sel
MENINGKATKAN IMUNITI BADAN
Antioksidan alam minyak kelapa dara dapat membantu menyokong sistem imun tubuh dengan melindungi sel-sel imun daripada kerosakan. Ini membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan
MELINDUNGI FUNGSI OTAK
Antioksidan membantu melindungi sel-sel otak daripada kerosakan oksidatif. Ini dapat membantu memelihara fungsi otak yang baik dan mencegah risiko gangguan otak seperti penyakit Alzheimer
” Jom dengar apa kata Puan Noori , Ahli Farmasi Berdaftar Bersama Lembaga Farmasi Malaysia “
@daura_hq Replying to @Momma Anna Untuk Ibu & Abah yang dah berusia , boleh amalkan ni ya untuk kesihatan @D'Aura Group HQ #minyakkelapadara #daura #kelapadara #vcosoftgel #fyp #CapCut #keluarga #daurahq #3serangkai ♬ original sound - D'Aura Group HQ