PETUA TRADISIONAL UNTUK ATASI MASALAH SUKAR MEMBUANG, AMALKAN MAKAN NI
Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu.Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut. Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
APAKAH MASALAH TERBESAR JIKA TIDAK DIRAWAT?
Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat
KANSER #1 TERTINGGI DALAM KALANGAN LELAKI DI MALAYSIA

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.
Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

PETUA TRADISIONAL YANG MASIH RELEVANT SEHINGGA HARI INI!
Sekiranya anda sering dihantui masalah sembelit, ada beberapa makanan, minuman atau aktiviti yang boleh menjadi ubat sembelit tradisional. Jom mkd.info kongsikan:-
1. Minum Air Secukupnya
- Disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Individu yang kekurangan air amat cenderung untuk menghadapi sembelit.

2. Perbanyakkan bersenam
- Warga emas antara yang paling banyak menghidap sembelit. Ini kerana, kemampuan mereka untuk melaksanakan aktiviti harian adalah terbatas. Tidak dilupakan juga mereka yang bekerja dalam suasana pejabat yang tidak melibatkan banyak pergerakan juga mudah untuk terkena sembelit. Melakukan aktiviti senaman adalah cara yang paling cepat untuk menghindarkan masalah sembelit.

3. Pengambilan produk tinggi probiotik
- Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
- Antara makanan yang mengandungi probiotik yang tinggi adalah:-
- Yoghurt
- Tapai
- Tempe

4. Minyak Kelapa Dara
- Sejak dulu, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) telah lama dikenal memiliki kandungan aktif pencegah virus. Kandungan asid laurik yang ada di VCO juga baik untuk sistem pencernaan manusia (probiotik). Asid laurik akan membantu kerja-kerja probiotik di dalam usus untuk membersihkan usus dengan lebih cepat dan efisyen. Probiotik berguna melindungi dan memelihara kesihatan dari serangan penyakit serta melawan bakteri jahat.

Baca Artikel Lain Berkaitan Sembelit Di Sini
Jika Anda mencari Minyak Kelapa Dara … Disarankan Ambil VCO yang berkualiti & sah berdaftar
Tekan Link Di Bawah Untuk VCO