Apa nak buat kalau anak sembelit? Ibu & bapa boleh cuba di rumah dengan amalkan ni ...

Anak tak berhenti menangis sebab sembelit, dah berulang ke tandas tapi masih tak selesai? Pasti ibu bapa susah hati!

KENAPA KANAK-KANAK DAN BAYI SENANG SEMBELIT?
APA PUNCANYA?

Sebelum kita mengetahui cara mencegah, MKD.info ingin berkongsi tentang punca perkara ini berlaku, Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom kita lihat, punca sebenar masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak.

  • Perubahan diet pemakanan kakak-kanak/bayi.

Perubahan diet pemakanan bayi daripada susu badan/susu formula kepada makanan pejal menyebabkan usus pada bayi sukar mengadaptasi perubahan tersebut. Ibu bapa perlu elakkan pemakanan rendah serat sepanjang tempoh perubahan itu. Pengambilan pemakanan rendah serat menjadi faktor utama sembelit dalam kalangan kanak-kanak dalam tahun

  • Tahan air besar / tidak tahu menggunakan tandas

Perkara ini berlaku apa bila anak mengabaikan keinginan untuk membuang air besar apabila terlalu ralit bermain, dan takut untuk meminta izin ke tandas daripada guru ketika ingin membuang di Sekolah

  • Kurang melakukan aktiviti fizikal

Ibu bapa sekarang lebih cenderung untuk membiarkan anak-anak untuk bermain telefon bimbit supaya mereka senyap. Tetapi ia merupakan salah satu perkara yang menyumbang kepada sembelit anak anda. Kurang melakukan aktiviti fizikal menyumbang kepada tahap sembelit anak anda.

RAWATAN DAN SOLUSI YANG 100% BERKESAN!

Sebelum kita mengetahui cara mencegah, MKD.info ingin berkongsi tentang punca perkara ini berlaku, Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom kita lihat, punca sebenar masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak.

  1. Diet Pemakanan

Mulakan perubahan diet pemakanan anak anda dengan buah buahan dan sayur sayuran. Ini akan membantu mereka untuk senang dan melancarkan pembuangan serta melegakan sembelit. Antara buah dan sayur yang disarankan

Buah-buahan :

    • Pisang
    • Epal
    • Kurma
    • Betik
    • Mangga
    • Oren

Sayur sayuran :

    • Brokoli
    • Kubis
    • Lobak merah
    • Jagung
    • Kekacang hijau seperti kacang pea

Tapi harus di ingatkan supaya, ibu  bapa perlu mengdadkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera memandangkan ia adalah jenis makanan yang tinggi kandungan lemak.Anda juga digalakkan untuk mengurangkan pemberian minuman berkafein seperti teh atau soda kepada anak-anak

        2. Latihan ke tandas

Kelihatan lucu tapi sangat membantu.

Ibu bapa perlu cuba untuk mengajak anak ke tandas dengan lebih kerap, memerhatikan cara pembuangan dan cara penggunaan tandas dengan betul.Cara yang paling berkesan adalah dengan mengajak setiap 1 jam terutamanya selepas makan.

       3. Bersenam atau melakukan aktiviti bersama

Ibu bapa perlu meningkatkan produktiviti si kecil supaya lebih banyak pergerakan dapat dilakukan, dalam erti kata lain adalah bersenam. Ini kerana senaman dapat membantu dalam menggalakkan proses pencernaan dan menjadikan anak lebih aktif. Selalunya individu yang kurang bergerak akan berdepan dengan masalah sembelit ini.

       4. Pengambilan ubat

Ini merupakan cara yang paling ingin dielakkan oleh ibu bapa kerana risau akan kandungan ubat dan kesukaran anak sendiri untuk menelan ubat. Jadi, MKD.info menyarankan ibu bapa untuk menggunakan minyak kelapa dara sebagai penyelesaianya. Ia boleh digunakan secara masakan, dicampurkan ke dalam susu dan dimakan begitu sahaja.

KENAPA MINYAK KELAPA DARA?

Masalah sembelit boleh dibantu dengan kehadiran untuk membantu dan mencegah kuman. Fungsi antimicrobial pula boleh mencegah jangkitan pada saluran pencernaan . Kehadiran MCFA dalam Minyak kelapa dara menyebabkan ianya lebih cepat dilarut & membantu semasa pembuangan najis. Saranan saya, amalkan minyak kelapa dara yang kaya dengan MCFA dan anti-microbial yang boleh meningkatkan metabolisme dan membantu pencernaan makanan dengan lebih cepat. Tambahan pula, usus besar & usus kecil akan berfungsi dengan lebih baik dan mengatasi masalah sembelit.

Baca Artikel Lain Berkaitan Sembelit Di Sini

Jika Anda mencari Minyak Kelapa Dara … Disarankan Ambil VCO yang berkualiti & sah berdaftar 

Tekan Link Di Bawah Untuk VCO 

Scroll to Top